TRIO berbasikal pecut negara dilihat masih belum menemui sentuhan sebenar apabila mereka sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15 daripada 16 pasukan pada Kejuaraan Berbasikal Dunia 2019 di Pruszkow, Poland awal pagi semalam. Pasukan yang dibentuk menerusi gandingan Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom serta Muhammad Fadhil Mohd. Zonis hanya mencatatkan masa 45.099 saat (s) pada aksi kelayakan sekali gus gagal mara ke pusingan pertama. Catatan yang direkodkan itu juga adalah jauh ketinggalan dengan rekod kebangsaan yang dicipta oleh gandingan sama di Sukan Asia, Jakarta Indonesia 2018 menerusi 43.934s. Menurut Azizulhasni…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya