TPM harap misteri kehilangan MH370 dapat diselesaikan - Utusan Malaysia

TPM harap misteri kehilangan MH370 dapat diselesaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 8 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berharap misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dapat dirungkaikan.

Dr. Wan Azizah berkata, tragedi berkenaan menjadi misteri sehingga sekarang dan beliau berharap ahli-ahli keluarga yang terlibat bersabar dan terus mendoakan yang terbaik.

“Kita juga doakan roh mereka (mangsa tragedi) sentiasa dicucuri rahmat. Kita berharap, kita boleh menyelesaikan misteri yang berlaku supaya tidak mengulangi lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita kalau boleh (aktifkan semula misi percarian)…kita nak juga, tak kan hilang begitu sahaja. Sekurang-kurangnya ada rangka (pesawat) yang boleh kita tengok, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai harapan MAS agar pihak berkuasa mempertimbangkan langkah untuk mengaktifkan semula misi pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014.

Terdahulu, Dr. Wan Azizah menyertai program Brisk Walk di sisiran Tasik Presint 1 di sini hari ini.

MAS dalam kenyataannya semalam berharap pihak berkuasa mempertimbangkan langkah untuk mengaktifkan semula misi pencarian pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac 2014.

MAS memberitahu, sebarang maklumat baharu akan berupaya merungkai misteri dalam industri penerbangan itu, selain memberikan jawapan dan kesudahan yang selama ini dituntut waris mangsa 239 penumpang, termasuk 12 kru penerbangan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini