Tony Fernandes lancarkan buku Terbang Tinggi bahasa Melayu - Utusan Malaysia

Tony Fernandes lancarkan buku Terbang Tinggi bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mac – Kisah inspirasi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes dalam buku Flying High yang sebelum ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris kini boleh diikuti orang ramai apabila naskah tersebut diterbitkan dalam versi bahasa Melayu bertajuk Terbang Tinggi.

Pelancaran buku berkenaan disempurnakan sendiri beliau bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 dengan kerjasama Kumpulan Buku Karangkraf di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Tony berkata, buku berkenaan merupakan coretan kisah tentang kesabaran dan ketekunannya yang membuktikan bahawa impian boleh menjadi kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berharap kisah hidupnya itu dapat menggalakkan orang lain untuk memburu dan mencapai impian sebenar mereka.

“Impian boleh menjadi kenyataan. Jangan terlalu takut dan buat apa yang hendak lakukan sampai berjaya dan jangan meminta terlalu banyak nasihat.

“Menerusi buku ini yang diterbitkan dalam bahasa Melayu, saya berharap buku ini akan memberi lebih inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk memburu impian mereka seperti saya,” jelasnya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini