JAKARTA 7 Mac – Pasukan Kempen Nasional (TKN) Joko Widodo (Jokowi)-Ma’ruf Amin membuat laporan polis berhubung penularan dua video palsu dan satu rakaman audio yang bertujuan memburukkan imej Jokowi sebagai calon pilihan raya Presiden (capres) negara ini. Lapor Republika.co.id, satu daripada video tersebut turut menyebut pendidikan agama Islam akan dihapuskan sekiranya Jokowi menang dalam pilihan raya tersebut. Pengarah Undang-Undang dan Khidmat Guam TKN, Ade Irfan Pulungan berkata, ketiga-tiga rakaman tersebut berunsur fitnah dan sengaja ingin mencetuskan jenayah kebencian. “Video pertama mengandungi perbualan dua orang lelaki yang mendakwa Jokowi menggunakan kemudahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya