Tiga tentera Indonesia maut ditembak - Utusan Malaysia

Tiga tentera Indonesia maut ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 7 Mac – Seramai tiga tentera Indonesia terkorban dalam insiden berbalas tembakan dengan kumpulan pemberontak di wilayah Papua. Ketika kejadian, sepasukan tentera tiba di kampung Yigi, daerah Nduga pagi ini untuk mengawal pembinaan sebuah jambatan sebelum mereka diserang oleh kumpulan terbabit. “Mereka diserang oleh sekumpulan yang terdiri daripada antara 50 hingga 70 orang. “Ketiga-tiga tentera meninggal dunia selepas ditembak di bahagian dada dan belakang badan,” kata jurucakap tentera untuk wilayah Papua, Muhammad Aidi kepada AFP. Tentera berjaya mengawal situasi tersebut dan memaksa pemberontak melarikan diri. – AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN