SEBERANG PERAI – Sekurang-kurangnya tiga buah kereta dan dua buah motosikal dilaporkan musnah akibat dijilat api dalam kejadian kebakaran sebuah bengkel kenderaan di Kampung Manggis, Butterworth di sini hari ini. Bagaimanapun, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.50 petang itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran itu melibatkan sebuah bengkel jenis terbuka berkeluasan kira-kira 37 meter persegi. “Peratusan kemusnahan bengkel tersebut dianggarkan kira-kira 90 peratus selain turut mengakibatkan tiga buah kereta dan dua buah motosikal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya