Tidak iktiraf jika dua warganegara - Utusan Malaysia

Tidak iktiraf jika dua warganegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak mengiktiraf rakyat Malaysia yang memiliki lebih daripada satu warganegara dan individu berkenaan boleh diambil tindakan pelucutan kewarganegaraan seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menegaskan perkara itu berkata, tindakan itu boleh dilakukan sekiranya individu tersebut memperoleh kewarganegaraan negara asing sama ada melalui pendaftaran, penaturalisasian, perbuatan sukarela dan formal selain perkahwinan mengikut Perkara 24(1) Perlembagaan.

Jelasnya, mereka juga boleh dilucutkan kewarganegaraan jika menuntut dan menggunakan suatu hak atau keistimewaan yang diberikan secara khusus kepada seseorang warganegara negara asing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai contoh, individu itu menggunakan hak undi bagi pemilihan politik di negara asing tersebut, memohon pasport, dokumen perjalanan negara asing, atau menggunakan pasport dan dokumen perjalanan negara asing. Tindakan di bawah Perkara 24 (2) Perlembagaan boleh diambil terhadap mereka.

“Bagaimanapun, jika seorang rakyat Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang memperoleh kewarganegaraan negara asing, individu itu tidak melakukan kesalahan di bawah Perkara 24(1) Perlembagaan, kerana beliau berhak terhadap kedua-dua kewarganegaraan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018, Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini