PULAU PINANG 7 Mac – Penyewa-penyewa yang terpaksa menjadikan pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini sebagai tempat tinggal sementara selepas diusir dari Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown semalam tidak akan berganjak dari situ sehingga rundingan dibuat dengan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. Difahamkan, enam daripada 22 penyewa bersama keluarga termasuk anak-anak mereka yang masih bersekolah tinggal di perkarangan Komtar selepas kediaman PPR itu dikunci Bahagian Perumahan kerajaan negeri manakala penyewa lain tinggal di surau serta menumpang di rumah saudara-mara berhampiran. Sehingga hari ini, penyewa mendakwa tiada wakil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya