KUALA LUMPUR 29 Mac – Mendengar nama Kafe Strawberry Fields sudah pasti membuatkan pelanggan tergambarkan kepelbagaian hidangan yang dihasilkan daripada buah strawberi. Namun tanggapan itu ternyata silap apabila saya berkunjung ke kafe yang terletak di Jalan Tengah, Bandar Baru Petaling Jaya, Selangor kerana tiada sebiji pun buah berkenaan dijual atau dijadikan sajian dalam menu. Apabila ditanya mengenai asal usul namanya, ia adalah ilham daripada lagu kumpulan The Beatles dari Liverpool, England bertajuk Strawberry Fields Forever yang merupakan lagu kegemaran pemilik kafe berkenaan. Penasihat Makanan Kafe, Nor Saadah Mohd. Dahan, 34,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya