KUALA LUMPUR 15 Mac – Tiada kewajaran untuk meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan kerana ia hanya sekadar memenuhi sentimen dan ego segelintir pemimpin. Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, namun sekiranya masih ada perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Sabah dan Sarawak, satu perjanjian baharu mestilah dibuat. “Oleh sebab pada hari ini keadaan dan masyarakat sudah berbeza maka perjanjian baharu hendaklah dibuat, di situlah permintaan…










