'Tiada asas' gantung operasi MAX 8 - Utusan Malaysia

‘Tiada asas’ gantung operasi MAX 8

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 13 Mac – Pihak berkuasa penerbangan awam Amerika Syarikat (AS) memaklumkan bahawa ‘tiada asas’ untuk menggantung operasi pesawat Boeing 737 MAX 8, pesawat yang terlibat dalam nahas Ethiopian Airlines yang mengorbankan 157 orang pada Ahad lalu.

“Setakat ini, kajian kami tidak menunjukkan sebarang masalah prestasi sistemik dan tiada asas untuk menggantung operasi pesawat berkenaan.

“Tiada pihak berkuasa penerbangan awam lain yang memberikan data kepada kami yang menjurus kepada tindakan itu,” jelas Ketua Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Daniel Elwell dalam satu kenyataan di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nahas Ethiopian Airlines, kedua selepas kejadian Lion Air, JT610, melibatkan pesawat Boeing 737 Max 8, menyebabkan panik global apabila beberapa syarikat penerbangan dunia menggantung operasi pesawat berkenaan.

Beberapa negara turut mengambil tindakan menutup ruang udara terhadap pesawat jenis itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini