Thailand tingkat keselamatan wilayah selatan - Utusan Malaysia

Thailand tingkat keselamatan wilayah selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 11 Mac – Pihak keselamatan Thailand percaya ‘rangkaian jahat yang cuba memusnahkan keyakinan kerajaan’ menjadi dalang di sebalik siri pengeboman di wilayah Satun dan Phatthalung pada Sabtu dan semalam.

Timbalan Perdana Menteri Thailand yang juga Menteri Pertahanan, Jeneral Prawit Wongsuwan dalam satu kenyataan berkata, beliau telah mengarahkan pihak berkuasa supaya meningkatkan langkah-langkah keselamatan di selatan Thailand susulan insiden pengeboman itu.

“Dalang di sebalik pengeboman ini dipercayai dari rangkaian kumpulan yang telah hilang pedoman dan cuba memusnahkan keyakinan kerajaan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kenyataan itu, Prawit telah mengarahkan pihak berkuasa memburu mereka yang bertanggungjawab dalam siri letupan itu.

“Agensi keselamatan dan risikan di selatan Thailand diarah memantau pergerakan kumpulan sasar sama ada mereka terlibat dengan kejadian pengeboman di Satun dan Phattalung,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu pihak keselamatan turut menggesa orang ramai memberikan kerjasama dan sentiasa berwaspada sekiranya mengesan orang asing atau objek yang mencurigakan di kawasan mereka, agar dapat mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sekurang-kurangnya 10 letupan dilaporkan di wilayah bergolak di Phatthalung dan Satun di selatan Thailand dalam tempoh antara kelmarin dan semalam.

Tiada kematian dilaporkan, namun siri pengeboman itu mengakibatkan kerosakan kepada beberapa bangunan dan kenderaan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini