BANGKOK 11 Mac – Pihak keselamatan Thailand percaya ‘rangkaian jahat yang cuba memusnahkan keyakinan kerajaan’ menjadi dalang di sebalik siri pengeboman di wilayah Satun dan Phatthalung pada Sabtu dan semalam. Timbalan Perdana Menteri Thailand yang juga Menteri Pertahanan, Jeneral Prawit Wongsuwan dalam satu kenyataan berkata, beliau telah mengarahkan pihak berkuasa supaya meningkatkan langkah-langkah keselamatan di selatan Thailand susulan insiden pengeboman itu. “Dalang di sebalik pengeboman ini dipercayai dari rangkaian kumpulan yang telah hilang pedoman dan cuba memusnahkan keyakinan kerajaan,” katanya. Menurut kenyataan itu, Prawit telah mengarahkan pihak berkuasa memburu mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya