Ternak ribuan ayam dalam hutan - Utusan Malaysia

Ternak ribuan ayam dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM 5 MAC – SUDAH menjadi kelaziman penternakan ayam dilakukan di kawasan terkurung yang sempit hingga mengakibatkan pergerakan unggas itu terbatas, malah ada haiwan tersebut membesar tanpa cahaya matahari.

Namun lain pula kisahnya di sebuah bandar di utara Itali, seorang penternak ayam, Massimo Rapella, 48, mengusahakan penternakan kira-kira 2,000 ekor ayam di tengah-tengah hutan pergunungan Alps.

Rapella memberitahu, dia tidak pernah terfikir untuk menjadi peternak ayam sebaliknya ia berlaku secara kebetulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lapor Oddity Central, Rapella dan isterinya pada awalnya menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pendidikan di pekan Sandrio, utara Itali sebelum membuat keputusan berhijrah ke kawasan pergunungan kerana krisis kewangan.

Mereka pada awalnya menternak beberapa ekor ayam hanya untuk mendapatkan telurnya dan bilangan ayam itu bertambah kepada 700 ekor pada tahun 2013.

Katanya, disebabkan ayam itu tidak dibesarkan dalam keadaan yang ‘tegang’, unggas berkenaan kelihatan sihat dengan bulu mereka juga berkilat dan cantik.

Lama-kelamaan mereka jatuh cinta dengan aktiviti itu dan sehingga kini mereka mempunyai kira-kira 2,100 ekor ayam yang diternak di kawasan seluas dua hektar tanpa pagar.

Malah, ayam itu menghasilkan telur yang berkualiti, besar dan rasa lebih sedap.

“Maka di sinilah terdetiknya idea untuk memulakan penternakan dalam skala besar-besaran dan saya mula menjual telur ‘uovo di selva’ atau telur hutan terus kepada pelanggan atau restoran,” katanya.

Katanya, secara purata, dia mengutip sebanyak 1,300 biji telur pada setiap hari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini