Kehadiran Ultras Malaya memberikan sokongan padu kepada skuad Bawah 23 (B-23) negara yang beraksi dalam Kelayakan Kejuaraan AFC B-23 di Stadium Shah Alam, kelmarin, cukup jelas memberi impak dalam menyuntik semangat anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee. Sorakan tanpa henti daripada kumpulan penyokong tegar itu, memeriahkan suasana di stadium dan para pemain begitu terkesan dengan kelibat mereka sehingga mendorong aksi bertenaga menentang Filipina. Kim Swee sendiri menagih sokongan Ultras Malaya…










