HULU LANGAT 2 Mac – Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi yang berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menghargai sokongan yang diberikan pengundi. Jelas Zakaria, kebijaksaan pengundi telah membuatkan BN kembali merampas kerusi DUN Semenyih daripada Pakatan Harapan (PH). “Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil rakyat. “Terima kasih juga atas kebijaksanaan pengundi yang memilih saya untuk mewakili anda semua,” katanya dalam sidang akhbar selepas pengumuman kemenangan BN di sini hari ini. Zakaria yang memperoleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya