IPOH 30 Mac – Biarpun misi memburu kejuaraan pertama gagal dilaksanakan, menutup kempen di tangga menjadi penawar duka buat Malaysia dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah. Anak-anak buah Roelant Oltmans mengesahkan kedudukan ketiga selepas mengalahkan Kanada 4-2 di sini hari ini. Kedudukan tempat ketiga yang dicapai pada edisi ke-28 kali ini memperbaiki pencapaian tempat keempat tahun lalu apabila pasukan negara kalah 2-3 kepada Argentina dalam aksi penentuan tempat ketiga.…










