Telegram terima 3 juta pendaftaran baharu dalam tempoh 24 jam - Utusan Malaysia

Telegram terima 3 juta pendaftaran baharu dalam tempoh 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 15 Mac – Gangguan teknikal pada rangkaian sosial terbesar dunia, Facebook, Instagram dan Whatsapp semalam menyebabkan kira-kira tiga juta pengguna internet ‘berhijrah’ kepada aplikasi Telegram.

RT News yang memetik Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telegram, Pavel Durov sebagai berkata, syarikat rangkaian komunikasi itu menerima kira-kira tiga juta pendaftaran baharu menjadikan keseluruhan 200 juta pengguna dalam tempoh 24 jam.

Sambil melahirkan rasa bangga, Durov berkata, ia adalah satu bentuk merit kepada Telegram sebagai aplikasi alternatif pengantaran mesej yang paling berkesan. -AGENSI

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini