WELLINGTON 17 Mac – Polis New Zealand percaya lelaki warga Australia yang dituduh melakukan serangan ganas di dua buah masjid di Christchurch ‘melakukannya secara sendirian’. Portal BBC melaporkan, serangan pengganas oleh Brenton Tarrant, 28, yang berpaksi kepada ketuanan kulit putih itu mengorbankan 50 orang manakala 50 lagi cedera dalam serangan yang dilakukan di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood. Seramai 34 mangsa masih dirawat di hospital kerana luka akibat kesan tembakan tersebut. Pesuruhajaya Polis New Zealand, Mike Bush berkata, tiga lagi yang ditahan dipercayai tidak terlibat namun masih dalam siasatan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya