SHAH ALAM 30 Mac – Kerjasama dengan kerajaan negeri dalam pelarasan kadar baharu tarif air harus wujud sebagai usaha untuk memastikan bekalan berkenaan akan sentiasa mencukupi pada masa depan, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar. Beliau berkata pada masa ini, kadar baharu tersebut masih lagi dalam proses perbincangan dengan kerajaan-kerajaan negeri terlibat dan dijangka dapat ditetapkan dengan persetujuan semua pihak menjelang hujung tahun ini. Jelas beliau,…










