Tarian singa raikan anak yatim dalam tren - Utusan Malaysia

Tarian singa raikan anak yatim dalam tren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAHUN Baru Cina yang disambut baru-baru ini diraikan dengan penuh keceriaan dan semangat kekeluargaan oleh masyarakat Cina. Bagaimanapun, ada yang tidak dapat meraikan perayaan itu dalam suasana kemeriahan bersama keluarga. Atas kesedaran itu, syarikat pengangkutan awam, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) meraikan 30 anak yatim kaum Cina dari Rumah Charis-Home for the Children Kuala Lumpur baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua kanak-kanak itu dibawa menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) untuk menyertai acara tarian singa dalam tren LRT sempena sambutan perayaan itu.

Anggota Pertubuhan Tarian Naga dan Singa Kok Hing dibawa khas bagi mempersembahkan tarian singa di dalam tren sekali gus mengukir senyuman pada wajah para pelanggan.

Rombongan anak-anak yatim itu kemudian diraikan dalam satu majlis jamuan Tahun Baru Cina di sebuah hotel di ibu kota.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Datuk Mohamaed Hazlan Mohamed Hussain yang turut serta dalam program itu juga memberikan hadiah limau Mandarin kepada penumpang LRT.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana (Strategi dan Transformasi) Prasarana, Ang Yoke Kee: Ketua Modal Insan Kumpulan Prasarana, Tomin Salikan; Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Khairani Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij Muhammad Yassin.

Budaya

Inisiatif menyuntik elemen keceriaan di stesen-stesen dan hab bas menjadi strategi utama Prasarana dalam usaha meningkatkan minat dalam kalangan warga kota menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam khususnya Rapid KL.

Sementara itu, Yoke Kee berkata, sambutan pada hari kesembilan Tahun Baru Cina itu antara lain melambangkan kepelbagaian budaya dalam pasukan Prasarana.

“Kita mempunyai pasukan daripada pelbagai latar belakang dan amat gembira dapat mempromosikan kepelbagaian budaya di negara ini. Selain di stesen LRT, kita juga mengadakan Tarian Singa di feri Pulau Pinang.

“Kita juga ingin menunjukkan bahawa Prasarana merupakan sebahagian daripada komuniti Malaysia,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN