RATAPAN DI LOKASI NAHAS…Ahli keluarga dan rakan-rakan kepada mangsa tragedi pesawat Ethiopian Airlines, ET302, diberi kesempatan berkumpul di lokasi nahas di perkampungan Hama Quntushele dekat rantau Oromia, Ethiopia. Pagi Ahad lalu, pesawat yang sedang menuju ke Nairobi, Kenya itu terhempas beberapa minit berlepas dari Addis Ababa, mengorbankan 157 orang. Suasana pilu menyelubungi lokasi nahas dengan tangisan ahli keluarga dan kenalan rapat mangsa. Pasukan mencari dan menyelamat juga masih melakukan operasi mengumpul serpihan dan segala berkaitan dengan pesawat tersebut – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya