Tanah kuil: Tan Sri bebas reman - Utusan Malaysia

Tanah kuil: Tan Sri bebas reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 7 Mac – Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan seorang lelaki bergelar Tan Sri yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung satu projek pembangunan sebidang tanah dimiliki Kuil Sri Mahamariamman Devasthanam di Jalan Bandar, Kuala Lumpur.

Majistret Noraisyah Mohd. Yusof membuat keputusan itu setelah menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tempoh reman lelaki berkenaan dilanjutkan tujuh hari lagi.

Mahkamah juga mengarahkan Tan Sri itu dibawa untuk ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan kesihatan sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM pada pukul 5 petang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, tempoh dua lagi suspek termasuk termasuk anak kepada Tan Sri yang bergelar Datuk itu disambung sehari lagi.

Ketiga-tiga lelaki itu sebelum ini direman selama tiga hari bermula Selasa lalu membabitkan kes tersebut.

Terdahulu, Tan Sri itu tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini pada pukul 9.08 pagi dengan berkerusi roda dan berpakaian reman SPRM.

Difahamkan, ketiga-tiga individu yang berumur antara 45 hingga 75 tahun itu bertanggungjawab menguruskan sebuah kuil Hindu di Batu Caves, Selangor.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan SPRM merampas wang tunai lebih RM1 juta, beberapa barangan kemas dan jam berjenama yang jumlahnya tidak dipastikan dalam serbuan di kediaman Tan Sri itu pada pukul 7.45 malam, Isnin lalu.

Menurut sumber, wang tersebut dipercayai merupakan baki wang bagi pembinaan banglo miliknya yang diberikan pemaju untuk projek pembangunan tanah berkenaan.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, seorang pemimpin PKR menggesa SPRM menyiasat pengurusan sebuah kuil berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan dan penderma.

Kuil di Jalan Bandar itu adalah yang tertua di Kuala Lumpur dan diuruskan Lembaga Pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam.

Lembaga berkenaan turut menguruskan Kuil Batu Malai Sri Subramaniar di Batu Caves dan Kuil Kortumalai Vinayagar di Persiaran Maybank.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini