MELAKA 8 Mac – Bagi anda yang merancang percutian dan mencari penginapan di Melaka, Calet Puteri Qashrina yang terletak di Pantai Puteri, Tanjung Kling mungkin boleh dipertimbangkan sebagai pilihan. Beroperasi sejak 2015 , calet yang pada awalnya hanya mempunyai 17 bilik kini semakin berkembang sehingga mempunyai 48 unit yang menawarkan pelbagai jenis bilik berkonsep inap desa. Terletak di hadapan laut lepas Pantai Puteri mengadap Selat Melaka, pengunjung boleh menikmati alam…










