Tabung khas bantu rakyat Malaysia di Christchurch ditutup - Utusan Malaysia

Tabung khas bantu rakyat Malaysia di Christchurch ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Tabung khas bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa rakyat Malaysia yang terlibat dalam kekejaman pengganas di Christchurch, New Zealand ditutup.

Menurut Dr. Ahmad Sufian Ab. Rahman, langkah itu terpaksa diambil susulan laporan tidak beretika, berniat jahat dan manipulasi usaha membantu rakyat tempatan di Christchurch.

“Maka saya akan menutup kumpulan ini dan menutup akaun bank yang dimulakan secara tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kepada rakyat Malaysia, tolong jangan menyalurkan sumbangan kepada tabung tersebut,” katanya dalam status Facebook Crisis Group for Malaysians – Christchurch, New Zealand, hari ini.

Jelas Ahmad Sufian, pihaknya akan membantu ahli keluarga Malaysia dengan kaedah lain dan sumbangan boleh disalurkan kepada Persekutuan Persatuan Islam NZ (FIANZ) atau Canterbury Muslim Community Trust (CMCT).

“Nasihat saya kepada semua media Malaysia dan media sosial lain atau sesiapa yang terlibat dalam mengganggu usaha menyediakan maklumat yang benar dan telus serta usaha membantu di sini.

“Rakyat Malaysia di New Zealand hidup dengan nilai dan etika yang berbeza. Kita tidak menjual diri kita dengan murah dan tidak mencipta kebohongan yang memburukkan lagi keluhan keluarga,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini