KUALA LUMPUR 21 Mac – Walaupun bakal berdepan pelumba senior yang lebih berpengalaman, Md Syarifuddin Azman sudah bersedia untuk memberikan cabaran sengit dalam kategori CP115 menjelang pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka, hujung minggu ini. Juara Wira 2018 itu beralih ke kategori CP115 musim ini dan bertindak selaku pelumba tunggal bersama pasukannya, Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing, dalam kategori tersebut. Bagi pelumba kelahiran Selangor itu,…










