Suspek serang trem Utrecht diberkas - Utusan Malaysia

Suspek serang trem Utrecht diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM 19 Mac – Polis Belanda semalam berjaya memberkas seorang suspek warga Turki yang dipercayai melepaskan tembakan dalam sebuah trem di bandar Utrecht, mengakibatkan tiga orang maut manakala lima lagi cedera. Polis terdahulu melancarkan pemburuan besar-besaran terhadap suspek, Gokmen Tanis,37, dengan mengedarkan gambar dan meminta orang ramai menjauhinya. Pasukan keselamatan dengan senjata berat kemudian mengepung sebuah bangunan di bandar keempat terbesar di Belanda itu sebelum mengumumkan penangkapan suspek dalam satu sidang media tidak lama kemudian. Ketua bahagian perkhidmatan antikeganasan Belanda, Pieter-Jaap Aalbersberg mengesahkan penahanan suspek utama kes tembakan itu. –…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN