PALEMBANG 28 Mac.- Dua suspek rogol dan bunuh seorang bakal biarawati di Bukit Bastu di sini berjaya diberkas polis, hari ini. Ketua Polis Sumatera, Senior Asisten Komisioner Supriadi berkata, kedua-dua suspek tersebut ditangkap ketika dalam perjalanan ke Palembang. “Mereka telah dibawa ke Majlis Polis Daerah,” katanya. Kedua-dua suspek dipercayai tinggal berdekatan dengan lokasi kejadian. Dalam insiden tersebut, mayat wanita berkenaan yang dipercayai dirogol sebelum dibunuh kejam ditemukan tanpa seurat benang di dalam kebun kelapa sawit, dekat sini.-AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya