PULAU PINANG 20 Mac – Seorang suri rumah warga Amerika Syarikat (AS) dipercayai maut akibat dibunuh suaminya dalam satu kejadian di rumah keluarga wanita berkenaan di Island Glades, Jelutong, di sini semalam. Mangsa, Chin Geok Heong,60, disyaki dibunuh suaminya yang juga warganegara AS berusia 62 tahun selepas laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati mangsa maut akibat lemas dan serangan jantung. Ketua Polis Daerah Timur Laut,…









