REMBAU 30 Mac – Seorang suri rumah, R. Malar dari Kampung Ganapathy, Rantau antara individu yang menyerahkan borang pencalonan bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Dia yang tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini kira-kira pukul 8.30 pagi bakal bertanding atas tiket Bebas. Malar pernah menetap selama 25 tahun di Toronto, Kanada kembali…










