KUALA LUMPUR 14 Mac – Hybrid Allied Dairy Company Sdn. Bhd. (HADC) pemilik jenama susu Summerfield mahu menggunakan kapasiti penuh pengeluaran produknya iaitu sebanyak 24,000 liter sehari bagi memenuhi permintaan terhadap produk keluarannya di pasaran. Datuk Johannis Al-Arif Ibrahim berkata, permintaan terhadap produk susu segar di Malaysia masih tinggi biarpun masyarakat hari ini terdedah dengan pelbagai pilihan diet. Katanya, di awal permulaan perniagaannya, HADC hanya mengeluarkan 300 liter susu sehari…










