CHRISTCHURCH 24 Mac – Dianggarkan sumbangan lebih NZ$10.8 juta (RM30.2 juta) sudah diterima untuk membantu keluarga 50 mangsa yang terbunuh dalam serangan pengganas di dua masjid di sini pada 15 Mac lalu.
Berdasarkan beberapa laman web mengumpul dana, GiveaLittle.co.nz sudah menerima sebanyak NZ$8.2 juta (RM23 juta) daripada lebih 91,000 penderma sehingga hari ini, manakala LaunchGood.com memperoleh sumbangan berjumlah NZ$2.5 juta (RM7 juta) daripada 40,000 penderma.
Perdana New Zealand, Jacinda Ardern pada minggu lalu menyatakan bahawa negara ini akan menanggung semua kos pengebumian 50 mangsa yang terkorban dalam insiden berkenaan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











