Sultan Selangor dukacita insiden di Christchurch - Utusan Malaysia

Sultan Selangor dukacita insiden di Christchurch

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 21 Mac – Sultan Se­langor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan tragedi berdarah di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu yang mengorbankan seorang rakyat Malaysia manakala tiga lagi cedera.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mohd. Tarmizi Shuib selepas anak lelakinya, Muhammad Haziq yang hilang sejak Jumaat lalu disahkan antara 50 mangsa yang terbunuh.

Baginda turut mendoakan semoga keluarga Allahyarham sabar dan redha dengan dugaan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beta mendoakan semua mangsa yang terjejas dengan tragedi ini akan kembali pulih dan sembuh seperti sedia kala.

“Beta juga berharap tragedi seperti ini tidak akan berulang lagi dan semoga umat Islam di seluruh dunia terus tabah dan bersatu hati,” titah Sultan Sharafuddin menerusi laman sosial Facebook Selangor Royal Office di sini pagi ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini