KUALA LUMPUR 29 Mac- Anak syarikat tidak langsung AirAsia Group Berhad (AirAsia), BIGLIFE Sdn. Bhd. (BIGLIFE) menubuhkan subsidiari milik penuhnya, BIGLIFE Japan Co. Ltd. di Jepun pada 19 Mac lalu. AirAsia dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, penubuhan itu bagi memiliki, mengoperasikan dan membangunkan program BIG Loyalty di negara matahari terbit itu. Katanya, penubuhan itu tidak mempunyai kesan terhadap modal saham AirAsia dan pemegang-pemegang saham utama serta tidak memberi kesan material terhadap pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan nisbah hutang kepada ekuiti syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya