LONDON 30 Mac – Tottenham bakal bertemu Liverpool di Anfield tanpa kelibat Eric Dier dan Serge Aurier yang mengalami kecederaan. Pengendali Spurs, Mauricio Pochettino memberitahu, Dier mengalami kecederaan pangkal paha semasa membantu England menundukkan Republik Czech 5-0 dalam aksi kelayakan Euro 2020. “Dia (Dier) terpaksa direhatkan. Ia bukan isu besar tetapi dia perlu sembuh daripada masalah itu. “Satu minggu, 10, sehari, dua minggu. Kita akan lihat perkembangannya. “Minggu ini dia, Harry Winks dan Serge Aurier akan terlepas peluang beraksi,” kata Pochettino. Pemain tengah Winks masih menjalani pemulihan selepas cedera pangkal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya