KUALA LUMPUR 2 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan seorang ketua jabatan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan dianggarkan bernilai RM10,000, hari ini. Menurut sumber, lelaki berusia 51 tahun itu ditahan SPRM kira-kira pukul 11.30 pagi di sebuah restoran di Taman Prima Saujana, Kajang dekat sini. “Siasatan awal mendapati, lelaki tersebut disyaki meminta suapan bernilai RM10,000 sebagai dorongan untuk mengesyorkan lanjutan kontrak sebuah syarikat perkhidmatan. “Syarikat tersebut menyediakan perkhidmatan pengauditan persijilan antarabangsa untuk kilang sawit di bawah kelolaan GLC terbabit,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya