SPRM mungkin panggil Abdul Hadi beri keterangan siasatan kes dana RM90 juta - Utusan Malaysia

SPRM mungkin panggil Abdul Hadi beri keterangan siasatan kes dana RM90 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membantu siasatan berhubung dana RM90 juta yang didakwa diterima parti itu dan pembayaran cek sejumlah RM1.4 juta kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan berhubung kes itu tidak pernah ditutup sebaliknya beberapa individu lagi dijangka dipanggil bagi melengkapkan siasatan.

“Lebih kurang 25 saksi telah dipanggil dan kita masih menjalankan siasatan (kes) ini. Saya tidak tolak kemungkinan untuk memanggil Presiden Pas untuk memberi keterangan,” katanya selepas melancarkan tayangan video pendek Anti Rasuah di panggung wa­yang, Lotus Five Star Ci­nema di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini