PULAU PINANG 14 Mac – Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) negeri ini bagi tahun 2018 menyaksikan penurunan dari segi Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 0.04 peratus apabila mencatatkan 4.82 peratus berbanding 4.78 peratus bagi 2017. Bagaimanapun, menurut Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Mahanom Mat Sam, prestasi GPN bagi sekolah luar bandar meningkat 0.02 peratus iaitu daripada 4.89 peratus pada 2017 kepada 4.87 peratus tahun lalu. Tambahnya, prestasi calon yang layak mendapat sijil juga lebih baik iaitu sebanyak 82.84 peratus tahun lalu berbanding 82.44 peratus bagi 2017. Keputusan itu, jelas beliau, berdasarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya