MADRID 11 Mac – Santiago Solari tidak pasti sama ada dia terus kekal mengendali Real Madrid untuk aksi seterusnya meskipun skuad Los Blancos membelasah Real Valladolid 4-1 dalam aksi La Liga, semalam.
Ketika ditanya sama ada dia kekal sebagai jurulatih, Solari berkata;’Saya tidak boleh menjawab soalan itu. Esok kami ada sesi latihan dan saya perlu fokus.
Madrid mencatat kemenangan selepas tiga perlawanan namun terpaksa bangkit daripada ketinggalan menentang Valladolid menerusi dua jaringan Karim Benzema dan Luka Modric serta Rapahel Varane masing-masing meledak satu gol.
Begitu pun, Madrid masih ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona yang turut tersingkir daripada kancah Liga Juara-Juara selepas dikejutkan oleh Ajax. – AFP











