HEBAT. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari, Sungai Petani, Kedah muncul johan keseluruhan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kuala Muda/Yan kali ke-52 Tahun 2019 baru-baru ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kejohanan melibatkan 33 buah sekolah menengah di daerah Kuala Muda/Yan itu diadakan di SMK Tunku Ismail, Sungai Petani, Kedah.
Menurut Pengetua SMK Khir Johari, Idris Osman, atlet-atletnya akan meneruskan latihan dalam beberapa acara memandangkan SMK Khir Johari bakal mewakili daerah Kuala Muda/Yan ke Kejohanan Majis Sukan Sekolah Kedah selama empat hari di Stadium Darul Aman bermula 13 Mac hingga 16 Mac depan.











