KUALA LUMPUR 21 Mac – Seorang Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini ditahan Surunjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat dalam dakwaan skandal projek melibatkan SSM yang dianggarkan bernilai RM30 juta. Suspek berusia 48 tahun itu ditahan kira-kira 12.30 tengah hari ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dekat sini. Menurut sumber, permohonan reman akan dilakukan terhadap suspek di Mahkamah Putrajaya, esok. “Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya