LANGKAWI 28 Mac – Satu-satunya sistem keselamatan krypto tempatan bakal dibangunkan tidak lama lagi, sekali gus menjamin segala maklumat sulit kerajaan dan sistem pertahanan negara tidak bocor ke tangan pihak asing. Sistem itu akan dibangunkan menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara sebuah syarikat industri pertahanan tempatan, System Consultancy Services Sdn. Bhd. (SCS); Mimos Bhd. (Mimos); Cyber Security Malaysia dan Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM). MoU tersebut ditandatangani sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA ’19) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, hari ini. Menjelaskan MoU tersebut, Pengerusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya