Sisa makanan jadi baja kompos, makanan haiwan- DBKL - Utusan Malaysia

Sisa makanan jadi baja kompos, makanan haiwan- DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Kira-kira 10 tan sisa sayur-sayuran dan buah-buahan dari Pasar Borong Kuala Lumpur di sini akan diserahkan kepada syarikat Betsol Sdn. Bhd untuk diproses menjadi baja kompos dan makanan haiwan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, kerja-kerja mengutip bahan buangan yang sebelum ini dilakukan oleh Alam Flora akan diambil alih syarikat berkenaan bermula 1 April ini.

“Secara purata, sebanyak 120 tan sisa dijana setiap hari di pasar berkenaan dan kebiasaannya ia akan dihantar ke Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Tagar.

“Buat permulaan ia melibatkan pasar berkenaan sahaja tapi akan diperluas ke kawasan lain jika usaha tersebut berjalan lancar dalam tempoh tiga bulan,” katanya selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Pengolahan Sisa Organik Dari Pasar Borong Kuala Lumpur di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Bestol Sdn. Bhd, Paul Lim.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×