KESILAPAN posisi nombor enam dan sembilan pada undian pusingan kedua Piala FA 2019 tidak menjejaskan kredibiliti majlis berkenaan yang berlangsung kelmarin. Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam menjelaskan tiga panel iaitu pihak Undang-Undang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) yang hadir menyaksikan undian itu telah membuat pengesahan dan tiada keperluan untuk diundi semula. Kekeliruan…










