PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan melalui Education Malaysia Australia mengesahkan bahawa tiada pelajar Malaysia di Christchurch, New Zealand terlibat dalam insiden tembakan rambang di dua buah masjid di bandar raya itu. Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, setakat pukul 5 petang tadi, seramai 303 pelajar Malaysia dari Canterbury University dan Lincoln University di Christchurch tidak terlibat dalam kejadian tersebut. “Kebanyakan pelajar berada di universiti masing-masing semasa kejadian itu berlaku. “Saya mengutuk sekeras-kerasnya…










