GEORGE TOWN – Mangsa serangan tembakan rambang di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand pada Jumaat lalu, Mohd. Haziq Mohd. Tarmizi yang dilaporkan hilang sejak hari kejadian disahkan meninggal dunia hari ini. Bagaimanapun setakat pukul 11.45 malam, Kosmo! belum menerima kenyataan rasmi daripada Wisma Putra berhubung perkembangan tersebut. Exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh yang baru tiba di negeri ini sebentar tadi selepas pulang dari Christchurch berkata, berdasarkan maklumat yang baru diterima daripada sumber, Mohd. Haziq telah disahkan meninggal dunia oleh pihak berkuasa. “Saya difahamkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya