Serangan Christchurch: Masjid, surau lakukan solat hajat mohon kedamaian negara - Utusan Malaysia

Serangan Christchurch: Masjid, surau lakukan solat hajat mohon kedamaian negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan akan melakukan solat hajat memohon kedamaian untuk negara dan solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat hari ini buat mangsa yang terkorban dalam insiden serangan pengganas di Christchurch, New Zealand minggu lalu. 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu kenyataan berkata, solat sunat tersebut akan diadakan di semua 84 masjid dan 110 surau Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan.

“Inisiatif ini diambil selaras dengan tuntutan agama bagi mendoakan mangsa dalam insiden berkenaan, termasuk untuk rakyat Malaysia yang terkorban serta tercedera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mudah-mudahan mereka yang terkorban ditempatkan bersama-sama para syuhada di sisi Allah dan ahli keluarga yang terlibat diberikan kesabaran berdepan ujian ini,” katanya di sini hari ini. 

Seramai 50 mangsa terbunuh dalam tragedi berdarah yang berlaku di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand sebelum solat Jumaat pada 15 Mac lalu.  

Seorang rakyat Malaysia, Mohd. Haziq Mohd. Tarmizi, 17, terkorban manakala tiga lagi iaitu Mohd. Tarmizi Shuib, 42, Rahimi Ahmad, 39, dan Nazril Hisham Omar, 49, cedera. – K! ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini