KARACHI – Ratusan penduduk berkumpul memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah warga Pakistan yang merupakan salah seorang mangsa serangan dua buah masjid di Christchurch, New Zealand di sini hari ini.
Syed Areeb Ahmad, salah seorang daripada sembilan rakyat Pakistan dibunuh dalam serangan pengganas kulit putih yang mengorbankan 50 mangsa 15 Mac lalu.
Jenazah Syed Areeb diterbangkan ke bandar ini dan dibawa ke rumah keluarganya sebelum dikebumikan.
“Ia amat memedihkan bagi ibu bapa Syed Areeb dan seluruh keluarga kami untuk menunggu jenazahnya. Sekarang proses pengebumian sudah selesai, ia rasa sedikit lega.
“Tapi bapanya adalah orang yang paling sedih kerana Syed Areeb merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga,” kata bapa saudara Syed Areeb, Aleemullah Khan. – AFP











