ALOR SETAR – Keluarga Mohd. Tarmizi Shuib, 42, yang cedera dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand hanya mampu berharap agar mangsa segera pulih, manakala anaknya yang masih hilang dapat ditemui dalam keadaan selamat. Kakak mangsa, Zarina Shuib, 53, berkata, adiknya berhijrah ke New Zealand sejak setahun setengah yang lalu selepas anak sulungnya yang berusia 19 tahun mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di negara…










