SEJAK beberapa hari lalu, fokus seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada kejadian bencana pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Bencana yang kali pertama berlaku di negara ini mencetuskan panik di kawasan sekitar apabila lebih 4,000 mangsa terjejas. Lebih membimbangkan apabila sisa bahan kimia berbahaya itu yang pada mulanya hanya ditemui di sungai tersebut telah berinteraksi dengan air dan melepaskan gas kimia berbahaya di udara tanpa disedari penduduk setempat.…









